Monday, October 25, 2010

Pengalaman Hari Ini

Sepanjang hari ini aku hanya menatap laptop sahaja. Banyak perkara yang harus aku selesaikan. Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Akhirnya selesai jua kerja-kerja aku. Kepada CREWS, terima kasih kerana membantu. Segala jasa anda semua hanya Tuhan sahaja yang akan membalas. Yang buruk datang dari aku, dan yang baik hanyalah datang dari Dia sahaja. Esok aku harus mengemaskini kesemua dokumen-dokumen penting pula. Diharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar.

Amin...

Sunday, October 24, 2010

Selamat Hari Jadi Emak!!!

Selamat Hari Jadi Emak!!!

Hari ini, 24 Oktober 2010 merupakan tarikh ulangtahun kelahiran emak yang ke-58. Semoga Allah memberikan keberkatan dan kesihatan yang sejahtera pada emak. Jasamu akan kukenang hingga akhir hayat. Hanya ucapan sahaja yang mampu kusampaikan pada emak hari ini.

Semalam, aku merancang untuk membeli kek hari jadi buat emak. Tetapi wang saku tidak mencukupi. Insyaallah, kalau bukan hari ini, mungkin esok atau lusa, aku akan membelinya juga. Tunggu ya wahai emak yang ku sayang. Pengorbananmu takkan aku lupakan.

Apa yang perlu emak tahu, anak emak ini menyanyangi emak selamanya. Mungkin bukan sekarang untuk aku membalas jasamu. Suatu hari itu akan sampai jua. Sabar ya Emak! Beberapa tahun sahaja lagi. Insyaallah...

Pembuka Bicara

Dear all,

Sebenarnya blog ini baru bertukar ke domain lain. Entri yang sebelum ini telah dibuang kerana ingin mengubah penyampaian mesej kepada semua. Apa yang ingin dikongsikan dalam blog ini adalah ingin mengetengahkan hasil karya-karya aku sepanjang penglibatan aku dalam industri Art & Design. Selain itu, aku juga akan sisipkan tentang aktiviti-aktiviti yang telah aku sertai atau libatkan.

Apa yang menyebabkan aku terlibat dalam Art & Design?

Satu perubahan yang baru juga dalam diri aku kerana ini adalah pertama kali. Pada awalnya aku adalah pelajar lepasan IT. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang fotografi, aku melanjutkan pelajaran dalam bidang Graphic Design pula. Banyak juga yang aku belajar dalam bidang ini. Daripada kosong sekarang aku dah tahu sedikit demi sedikit tentang dunia Art & Design ini. Sukar juga untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah-pesyarah aku ini. Walaubagaimanapun, ini adalah bidang yang aku nak ceburi. So, aku mestilah bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang yang berseni yang tidak buta pada seni.

Kata En.Fendi, pensyarah aku, orang seni ini berjiwa sensitif. Pada mulanya aku rasa tidak, tapi bila aku dah laluinya sendiri barulah aku sedar yang orang seni ini memang sensitif. Kenapa? Itu korang kenalah fikir sendiri. Seni ini bukan sahaja pandai melukis. Malah orang yang bergelar artis seperti pelakon dan penyanyi juga adalah orang seni. Bagi aku, sesiapapun mempunyai kemahiran seni. Tak banyak pun tetapi sedikit itupun boleh dikatakan seni juga. terpulang pada setiap orang untuk menilainya.

Dah panjang lebar jugak aku berceritakan. Baiklah, sampai di sini sahaja coretan dari aku. Insyaallah, jika diizinkan Tuhan, aku akan melakarkan lagi beberapa coretan dalam blog ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...