Friday, December 31, 2010

FT Island - Bad Woman (Nappeun Yeojaya)


nae sarami aningabwa
urin inyeoni aningabwa
ije ibyeolhajago geuman heeojijago
hamyeon nan eotteokhani

nal moreuneun saramcheoreom
modu eobseotdeon iringeotcheoreom
da ijeobeorimyeon
ijen nan eotteoke neomaneul saranghaenneunde

neon nappeun yeojaya aiya
neon nappeun yeojaya aiya
namjaui gaseume namjaui dunune
nunmullage haneungeoni

neon nappeun yeojaya aiya
neon nappeun yeojaya aiya
neol saranghaenneunde neobakke eomneunde
gyeolguk nareul tteonaganeun
neon nappeun yeojaya

nal moreuneun saramcheoreom
modu eobseotdeon iringeotcheoreo
da jiwobeorimyeon
ijen nan eotteoke neomaneul saranghaenneunde

neon nappeun yeojaya aiya
neon nappeun yeojaya aiya
namjaui gaseume namjaui dunune
nunmullage haneungeoni

neon nappeun yeojaya aiya
neon nappeun yeojaya aiya
neol saranghaenneunde neobakke eomneunde
gyeolguk nareul tteonaganeun
neottaemune nan haengbokhaesseonneunde
neottaemune nan saranghaesseonneunde
neoui yeongwonhan sarangeun ojik nahana ppunirago mideonneunde

neon nappeun yeojaya

nan nappeun namjaya aiya
nan nappeun namjaya aiya
neowaui gieogeul
uriui sarangeul
ijen modu jiuryeohae

namanui saranga
geuriun saranga
neol saranghaenneunde neobakke eomneunde
ijen nareul tteonaganeun

neon nappeun yeojaya..

HAPPY NEW YEAR!!!

SELAMAT TAHUN BARU!!! 
!سنة جديدة سعيدة
あけましておめでとうございます!
해피 뉴 이어!
नया साल मुबारक हो!
FELIZ AÑO NUEVO!
BONNE ANNEE!
สวัสดีปีใหม่!
CHÚC MỪNG NĂM MỚI!

Thursday, December 30, 2010

Anuar Zain - Ku Berjanji Karna Cinta


Ku menunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
'Tuk besama selamanya
Kita berdua

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untuk selalu

Ku berjanji karna cintaku
Ku berharap karna kasihmu
Selamanya dan akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Meraihmu...(meraihmu)
Menggapaimu...

Lagu/Lirik : Nico Ajie Bandy
Penyanyi : Anuar Zain

Monday, December 13, 2010

Creative Advertising


Korang pernah tengok ads ni???

Sebenarnya aku nak share kat korang...coz ads ni pernah masuk exam tok subjek Media Analysis...mase ni aku xtw apa2 tentang ads ni...tp bila di teliti dengan betul2, barulah aku faham...hehehe...

Ads ni diletakkan di kawasan perhentian bas...rasenye la...myb tmpt perhentian teksi gak kot...kalau dilihat pada gambar yang atas, kelihatan seorang lelaki dan wanita sedang menunggu bas/teksi...dari jauh kite bley nmpk yang lelaki tu berambut alfro...tetapi secara realitinya, bukan lelaki tu yang berambut alfro, sebaliknya ads tu yang menampakkan apabila ada orang yang duduk di situ akan kelihatan seperti berambut alfro...

Oreo Berries McFlurry


Wah!!! pagi2 dah dk pekena Oreo Berries McFlurry...actually, nak bancuh Nescafe 3 in 1...tapi bila buka freezer nampak lak McFlurry...ape lagi...makan je la...tapi lepas makan aku x la buang bekas ni...ape yangaku buat adalah aku basuh bekas ni...korang tahu apa aku nak buat dengan bekas ni??? apa lagi recycle la balik...aku wat bekas tuk alat tulis...amacam??? kreatif x??? hehehe...jimat duit...drpd dok beli bekas alat tulis yang ada kat kedai tu, baik guna yang ini...bagus gak McD design bekas2 cam ni...so, apa lagi...korang try la pulak...!

Saturday, December 11, 2010

Dua Benda Yang Sama

same kan???

Ni la gara2 main amik je...x igt pula dh pernah beli sebelum ni...ble dah sampai rumah baru perasan yang kedua-dua ni adalah serupa...so, ape yang aku nak wat yang satu lagi tu...tapi salah satu darinya aku dah siap balut dgn pembalut buku lagi tu...memang sume komik yang aku beli akan aku balut dgn plastik...bukan komik saja tahu...buku2 rujukan dan buku2 yang aku beli sume nye aku akan balut....kecuali majalah lah...GILE!!! xde kerja aku nak balut majalah...tapi lain la kalo buku dgn komik...coz aku mementingkan kekemasan...ceh!!! kemas la sangat...hahaha!!!

Semester Bermula

Isnin nie dah nak masuk 4th week...ASSIGNMENT?! jangan cakap la...confirm melambak-lambak punye...sumenyer pasal ads...lagi2 sem ni aku amik sumenyer subjek yang melibatkan projek...so, xde exam la sem ni...antara subjek yg aku amik sem ni adalah :

1. Creative Photography
2. Computerised Graphics
3. Color Theory & Application
4. Illustration Design
5. Advertising Copywriting
6. Typography

Sume subjek ni memang m'cabar...lagipun aku bkn la pakar sgt dlm bidang ni...tapi, azam tok sem ni aku nk skor A...coz aku x puas hati dgn result yg lps...ape yg penting, aku kenalah RAJIN berusaha utk capai matlamat aku tu...x mahu malas2 lagi da...x mahu ponteng2 kelas...usaha tangga KEJAYAAN!

Chayok!!! Chayok!!!

Thursday, November 25, 2010

Lembaran Baru

Hi!
Dah lama tak mengupdatekan blog ni. Banyak perkara yang harus diselesaikan. Tambahan dengan beberapa assignment yang bertambah. Insyaallah, dalam masa terdekat ni semuanya akan selesai. Mudah-mudahan. Apa pun hidup perlu diteruskan. :-)

Monday, October 25, 2010

Pengalaman Hari Ini

Sepanjang hari ini aku hanya menatap laptop sahaja. Banyak perkara yang harus aku selesaikan. Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Akhirnya selesai jua kerja-kerja aku. Kepada CREWS, terima kasih kerana membantu. Segala jasa anda semua hanya Tuhan sahaja yang akan membalas. Yang buruk datang dari aku, dan yang baik hanyalah datang dari Dia sahaja. Esok aku harus mengemaskini kesemua dokumen-dokumen penting pula. Diharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar.

Amin...

Sunday, October 24, 2010

Selamat Hari Jadi Emak!!!

Selamat Hari Jadi Emak!!!

Hari ini, 24 Oktober 2010 merupakan tarikh ulangtahun kelahiran emak yang ke-58. Semoga Allah memberikan keberkatan dan kesihatan yang sejahtera pada emak. Jasamu akan kukenang hingga akhir hayat. Hanya ucapan sahaja yang mampu kusampaikan pada emak hari ini.

Semalam, aku merancang untuk membeli kek hari jadi buat emak. Tetapi wang saku tidak mencukupi. Insyaallah, kalau bukan hari ini, mungkin esok atau lusa, aku akan membelinya juga. Tunggu ya wahai emak yang ku sayang. Pengorbananmu takkan aku lupakan.

Apa yang perlu emak tahu, anak emak ini menyanyangi emak selamanya. Mungkin bukan sekarang untuk aku membalas jasamu. Suatu hari itu akan sampai jua. Sabar ya Emak! Beberapa tahun sahaja lagi. Insyaallah...

Pembuka Bicara

Dear all,

Sebenarnya blog ini baru bertukar ke domain lain. Entri yang sebelum ini telah dibuang kerana ingin mengubah penyampaian mesej kepada semua. Apa yang ingin dikongsikan dalam blog ini adalah ingin mengetengahkan hasil karya-karya aku sepanjang penglibatan aku dalam industri Art & Design. Selain itu, aku juga akan sisipkan tentang aktiviti-aktiviti yang telah aku sertai atau libatkan.

Apa yang menyebabkan aku terlibat dalam Art & Design?

Satu perubahan yang baru juga dalam diri aku kerana ini adalah pertama kali. Pada awalnya aku adalah pelajar lepasan IT. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang fotografi, aku melanjutkan pelajaran dalam bidang Graphic Design pula. Banyak juga yang aku belajar dalam bidang ini. Daripada kosong sekarang aku dah tahu sedikit demi sedikit tentang dunia Art & Design ini. Sukar juga untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah-pesyarah aku ini. Walaubagaimanapun, ini adalah bidang yang aku nak ceburi. So, aku mestilah bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang yang berseni yang tidak buta pada seni.

Kata En.Fendi, pensyarah aku, orang seni ini berjiwa sensitif. Pada mulanya aku rasa tidak, tapi bila aku dah laluinya sendiri barulah aku sedar yang orang seni ini memang sensitif. Kenapa? Itu korang kenalah fikir sendiri. Seni ini bukan sahaja pandai melukis. Malah orang yang bergelar artis seperti pelakon dan penyanyi juga adalah orang seni. Bagi aku, sesiapapun mempunyai kemahiran seni. Tak banyak pun tetapi sedikit itupun boleh dikatakan seni juga. terpulang pada setiap orang untuk menilainya.

Dah panjang lebar jugak aku berceritakan. Baiklah, sampai di sini sahaja coretan dari aku. Insyaallah, jika diizinkan Tuhan, aku akan melakarkan lagi beberapa coretan dalam blog ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...